Hari Persahabatan Antarabangsa

  • Kumpulan Naga
-----"Kring kring!" Telefon rumah berbunyi. Farah menjawab panggilan itu. Dia terperanjat apabila kedengaran suara kawannya yang tinggal di England. Kawannya bernama Alisha Howward, tetapi Farah lebih suka menaggilnya Sha sahaja. Alisha hendak ke Singapura untuk menziarahi Farah sempena Hari Persahabatan Antarabangsa. Mereka sudah berkawan semenjak tiga tahun yang lalu.

-----Farah bertanya kepada Alisha,"Berapa hari kamu hendak duduk di Singapura?"

-----John menjawab,"Selama dua minggu."

-----Farah bertanya tentang tempat tinggalnya di Singapura. Alisha memberitahunya bahawa buat sementara waktu, dia belum lagi mempunyai tempat tinggal. Farah meninggalkan telefon itu sebentar dan menanyakan ibu dan bapanya sama ada Farah boleh berteduh di rumah mereka nanti. Ibu dan bapanya memberikan jawapan yang membuat Farah gembira. Kemudian, Farah pun mengangkat telefon lalu memberitahu tentang berita baik itu.

-----Tidak lama kemudian, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Alisha tiba di rumah dengan membawa beg-beg yang besar. Farah menunjukkan bilik tidur kawannya itu. Di sana, Alisha mempelajari bermacam-macam perkara seperti masakan tradisional Melayu. Alisha juga mencuba masakan yang dibuatnya.

-----Hari demi hari berlalu. Alisha telah diajar pelbagai benda. Dia memberitahu Farah yang dia suka dengan keluarga mereka. Dia pun mengucapkan terima kasih kerana membuat lawatannya ke Singapura amat bermakna. Pada hari yang terakhir, Farah sekeluarga pergi ke lapangan terbang untuk menghantar Farah pulang ke England.

-------------------------------------------------------------------------------------
  • Kumpulan Bintang Kecil

-----Maksud hari persahabatan ialah untuk merapatkan persahabatan seseorang dengan orang lain dari luar negara.

-----Melalui internet, kita boleh menaip e-mel, menulis surat atau melawat ke rumah sahabat dari bermacam-macam negara. Internet boleh digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Surat boleh ditulis dan dibalas untuk mengetahui maklumat-maklumat yang ada di negara sahabat kita. Sahabat-sahabat dari luar negara juga boleh melawat ke rumah kita untuk belajar tentang bahasa atau jenis-jenis makanan yang ada di tempat kita. Melalui internet juga, kita boleh mempelajari pakaian di merata dunia seperti baju kebaya, jubah dan lain-lain lagi.

-----Kepentingan hari persahabatan ini ialah untuk membuat masyarakat di seluruh dunia mengecapi keamanan. Persahabatan antarabangsa membuatkan kita menjadi manusia yang saling menghormati antara satu sama lain.

---------------------------------------------------------------------------------------

  • Kumpulan Harimau Putih

-----Hari Persahabatan Antarabangsa jatuh pada tanggal 7 April. Kita boleh mencari teman melalui internet dan surat. Kita boleh juga memakai baju tradisional dari luar negara. Kita juga boleh merasakan makanan yang enak dari luar negara.Makanan di luar negara pastinya sungguh enak.

-----Kita boleh menikmati suasana pada Hari Persahabatan Antarabangsa. Pakaian di luar negara cantik dan ada juga yang berunsur tradisional. Banyak jenis pakaian dari luar negara amat berza dan menarik untuk dipakai.

-----Kepentingan pada hari persabatan adalah kita harus sedia menjadi teman yang baik dan menghormati orang-orang yang kita kenali dari luar negara.

-------------------------------------------------------------------------------------

  • Kumpulan Juara Roti

-----Hari Persahabatan Antarabangsa disambut pada tanggal 7 April. Maksud Hari Persahabatan Antarabangsa ialah kita berkawan dengan bangsa dan budaya dari negara-negara lain.

-----Kita boleh berkawan dengan seseorang melalui penghantaran surat ataupun melawat mereka di nergara mereka. Kita juga boleh melungsuri internet untuk mencari meklumat kerana sekarang adalah zaman teknologi.

-----Kita boleh melawat mereka dan mempelajari cara mereka makan, apa yang mereka pakai dan jenis-jenis makanan yang ada. Negera Jepun amat terkenal dengan sushi dan negara Thailang mempunyai tom yam yang lazat. Pakaian tradisional orang Jepun adalah pakaian yang tertutup kerana melambangkan peradaban yang tinggi. Pakaian Arab adalah pakaian yang tertutup juga kerana ngeri mereka beragama Islam.

-----Kepentingan persahabatan antarabangsa ini menunjukkan bahawa semua rakyat di dunia harus bersatu-padu.

-------------------------------------------------------------------------------------

  • Kumpulan 4 Penyiasat

-----Tahukah anda maksud Hari Persahabatan Antarabangsa? Maksud sambutan hari ini ialah pertemuan dengan negara-negera lain untuk bertukar-tukar fikiran dan berbincang tentang sesuatu perkara yang baru.

-----Ia bukan sahaja disambut oleh ahli-ahli parlimen. Ia juga disambut oleh rakyat di seluruh dunia. Mereka boleh berhubung antara satu sama lain dengan cara menggunakan internet, menghantar surat atau lawatan.

-----Pada Hari Persahabatan Antarabangsa, kita menyiapkan makanan-makanan antarabangsa dan pakaian-pakaian tradisional. Contoh-contoh makanan yang disediakan ialah fried kway teow, spageti, pasta, mi hongkong dan banyak lagi. Contoh-contoh pakaian yang akan diadakan ialah kimono, kebaya, jubah dan banyak lagi.

-----Hari Persahabatan ini juga diadakan supaya negara-negara lain dapat menolong antara sesama negara apabila mengalami kesusahan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

  • Kumpulan 3 Pelajar Pintar

-----Maksud hari persahabatan ialah apabila semua orang dari lain negara dan pelbagai bangsa berkumpul bersama-sama. Mereka akan berkongsi maklumat negara dan budaya mereka kepada orang lain seperti makanan, pakai tradisional mereka, tempat tinggal mereka dan banyak lagi. Mereka akan makan makanan yang berlainan. Mereka akan memakai pakaian tradisional mereka yang cantik itu.

-----Pada hati itu juga, mereka akan memberi senyuman yang amat cantik kepada sahabat-sahabat dari luar negara. Mereka juga akan memberi sahabat-sahabat mereka sebuah hadia atau pun surat. Orang-orang ini tidak semestinya datang daripada Singapura. Ada juga yang datang dari negara-negara lain.

-----Hari Persahabatan Antarabangsa ini adalah hari yang amat penting kerana itulah hari yang istimewa untuk mengenali antara satu sama lain di seluruh dunia. Mereka tidak boleh bergaduh dengan orang lain. Mereka mesti berkawan untuk memupuk sifat keharmonian.

----------------------------------------------------------------------------------------

  • Kumpulan Helang

-----Hari Persahabatan Antarabangsa jatuh pada 7 April. Ia sangat penting kepada seluruh dunia kerana kita harus mengetahui agama dan budaya masing-masing.

-----Pada zaman duhulu. kita menggunakan surat untuk menghubungi kawan atau saudara-mara kita yang jauh dan rumah kita, tetapi pada zaman moden sekarang, kita menggunkan internet untuk berhubung antara satu sama lain.

-----Kita pun boleh mengeratkan persahabatan dengan lebih rapat lagi jika kita bersifat peramah. Kita boleh mengetahui makanan dan pakaian yang agak pelik yang ada di negara-negara yang alin. Kita boleh dapat banyak ilmu kalau kita mempunyai kawan dari negara lain.

-----Kita boleh berbual dengan sahabat-sahabat di negara lain melalui internet, surat dan banyak lagi.



footer